Saturday, October 31, 2009

Agama org Arab

Kebanyakan org Arab menyahut seruan nabi Ismail a.s ketika baginda mengajak mereka kpd agama bapanya Ibrahim a.s. Mereka menyembah Allah mengesakan Nya serta mengamalkan ajarannyaNya. Namun setelah masa yang lama berlalu mereka mulai lupa sebahagian dr ajaran itu.
Namun mereka masih tetap berpegang kepada akidah tauhid dan beberapa syiar agama nabi Ibrahim sehinggalah tiba zaman Aru bin Luhay iaitu pemimpin Bani Khuza'ah. 'Amru bin Luhay terkenal sebagai seorg yg banyak melakukan kebaikan, bersedekah dan amat memelihara hal-hal agama. Dengan keperibadiannya itu dia disayangi oleh manusia dan mematuhinya kerana menyangka bahawa dia adalah uluma' besar dan wali termulia.
Kemudian Amru bertolak ke Syam . Di sana dia melihat penduduk Syam menyembah berhala. Dia menganggap perkara berikut adalh baik memandangkan Syam adalh tempat kelahiran para rasul dan penurunan kitab2. Apabila hendak pulang ke Mekah, dia membawa pulang sebuah berhala benama Hubal lalu meletakkan di dalam Kaabah. Dia mengajak penduduk Mekah mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala. Lalu mereka semua menyahut seruan itu. Penduduk Hijaz juga mengikut jejak langkah itu.
Apabila tiba musim haji, dia akan memberikan kabilah-kabilah untuk di bawa pulang ke kampung halaman masing-masing. Akhirnya, setiap kabilah memiliki berhala di rumah mereka.Akhirnya, mereka memenuhi masjidil haram itu dengan berhala2. Kertika Rasulullah menawan kota Mekah , beliau mendapati 360 berhala di sekitar ka'bah, lalu baginda menhancurkan berhala2 itu, kemudian membawa keluar berhala2 itu, kemudian baginda memerintahkan dibawa keluar dr masjid dan di bakarnya.
Begitulah kesyirikan dan penyembahan berhala yang pernah menjadi mercu tanda terbesar dalam agama orang-orang jahiliah yang mendakwa kononnya meereka adalah pengikut nabi Ibrahim.
Orang-orang Arab juga maramal nasib dengan azlam. Azlam ialah anak panah yang belum di pasang bulunya.

to be continue....

No comments:

Post a Comment