‘Huh..ramainya orang berasak-asak di Plaza Low Yat ni…rimas di buatnya..asyik kena mengelak dari bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrim. ‘Getus hatiku.Hati sentiasa beristighfar mengarah bibir supaya senantiasa mengungkap kalimah memohon ampun kepada Allah s.w.t di atas mata yang yang asyik terpandang perkara-perkara maksiat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Dalam kesibukan orang berjual beli, kelibat orang ramai ini membuatkan otakku ligat memikirkan mengenai penyakit perosak iman umat Islam yang mengiringi perubahan zaman ini. Perasaan takut mula menular di hati tatkala terus memikirkan umat-umat yang berada di hadapan mata ini adalah terdiri daripada umat Islam . Mana…mana…iman anak-anak muda ini yang sepatutnya jadi seperti Umair(adik kepada Said bin Abi Waqos) yang ketika itu 16 tahun dan masih terlalu muda untuk ikut berperang di Perang Badar. Yang mana, pada mulanya nabi tidak mengizinkan nya sehinggalah beliau menangis dan setelah itu nabi pun izinkanya untuk berperang dan akhirnya beliau gugur syahid pada perang itu. Sahabatku, berapa umur mu sekarang, ketika ini adakah semangat juang mu sama dengan semangat yang di miliki Umair ini. Fikir dan renung-renungkan lah..
Lemah iman adalah punca wabak penyakit dunia ini terus merebak dan lambat laun iman mungkin tercabut dari dada. Nauzubillahimin zalik. Apa yang harus ku lakukan sekarang? Aku tak akan terus terlena dengan statusku sebagai seorang muslim. Aku tidak akan terus merasa aman dengan ke-Islaman ku. Sesungguhnya hal ini merupakan salah satu tipu daya syaitan, sebagaimana dia telah mampu menyesatkan para ahli kitab sebelum kita. Aku sepatutnya terus merasa cemas dengan ke-Islaman yang ku miliki agar sentiasa berhati-hati dan bersungguh-sungguh dalam menjalankann perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Hati di sulam perasaan gerun pabila membayangkan julangan api neraka yang tidak tergambar sama sekali Tiba-tiba, tut..tut.. 1 message received...
Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal ini bagi Rabbmu adalah satu kemestian yang sudah di tetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan melutut. (Maryam(19):71-72)
1 peringatan dari sahabat
Tidak..tidak..aku tidak mahu mendatangi/melewati neraka. Inilah janji Allah, sudah menjadi ketentuan Allah bahawa setiap manusia kelak akan melewati neraka dan kemudian Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa. Hati terus di runtun dengan ketakutan dengan azab Allah hinggakan air mata mula bertakung di kelopak mata. Persoalan demi persoalan terus membelenggu sanubari..
Bagaimana hendak menjadi mulia di sisi Allah? Tidak di pandangan manusia. Aku yakin semua umat Islam tentu ingin menjadi mulia. Namun persepsi kemuliaan inilah yang menjadikan kita berbeza. Orang yang lemah imannya memandang kemuliaan hanya pada saat hidup di dunia sahaja. Kemuliaan bagi mereka mungkin apabila berjaya mendapat highest result dalam medicine or Paediatric, dapat memiliki BMW or Mercedes, atau menjadi pelajar kesayangan lecturer-lecturer, kerana itu kita bercita-cita untuk memperolehnya tanpa mereka sedari mereka lebih mementingkan pandangan mata manusia berbanding pandangan Allah.
Sedangkan bagi orang-orang yang beriman, mereka lebih mendambakan kemuliaan akhirat daripada kemulian dunia. Kerana inilah kemuliaan yang hakiki.. Kemuliaan di dunia tidak akan kekal. Janji Allah sekali lagi terus menguatkan keyakinan ku..
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Muhammad :7,
Yakinlah dengan mengejar kemuliaan di akhirat kelak, niscaya Allah akan memberikan kita kemuliaan di dunia meskipun bukan ini yang kita cari semata-mata.
Kaki terus melangkah mencari barang yang ku hajati, dari 1 kedai ke 1 kedai, namun tetap tidak kelihatan bayang nya. Hati resah gelisah tatkala ku menjeling kearah jam yang menunjukkan hampir 4.30 petang. Sempatkah aku sampai ke rumah sebelum berbuka puasa ni?, Aku mengambil keputusan untuk terus pulang walaupun dengan tangan kosong kerana memikirkan jalan raya yang seringkali sesak setiap petang Ramadhan. Dalam perjalanan pulang, otak ku terus ligat memikirkan tentang Ramadhan yang hampir meninggalkan kita. Masih segar dalam ingatanku, ikrarku sebelum kedatangan Ramadhan, Ingin ku habiskan 30 juzu’ Al-Quran, ingin aku berubah menjadi lebih baik selepas habisnya madrasah Ramadhan ini. Kepompong Ramadhan inilah akan ku jadikan tapak perubahan dalaman(hati) dan cara pemikiran ku ke arah keredhaanmu. Ah.. !Aku takkan sia-siakan Ramadhan, aku akan menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Ramadhan adalah kenangan manisku..mungkin inilah Ramadhan yang terakhir yang sempat ku lalui.
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna . Agar dapat ku lalui dengan sempurna…nasyid terus berkumandangan…melayani fikiran ku. Jangan tinggalkan ku Ramadhan.. masih banyak perkara yang aku belum langsaikan dengan mu. Hari demi hari menjadikan hati bertambah sayu seperti hilang orang yang sangat kita cintai..hari makin hari makin banyak titisan air mata dan tangisan syahdu berlagu…namun masa tak kan pernah berhenti..kitalah yang sepatutnya terus mengejarnya dengan amal ibadah..dengan penuh harapan Allah menerima segala amalan kita…lailatul qadar terus menjadi buruan kita. Ya Allah, mudah-mudahan aku adalah salah seorang yang terpilih dari kalangan hamba mu yang bakal sujud di sepertiga malam pada malam yang lebih baik dari 1000 bulan(83 tahun) iaitu malam yang menjadi rahsiamu selama-lamanya(malam al-Qadr)
Oleh: Perindu Syurga
Amiiinnn..
ReplyDelete