Wednesday, December 16, 2009

Kerana syahadah aku daie

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah setelah menerima tarbiyah dalam 1 tahun lebih. Kini ku lebih mengenali siapakah diri ini, kenapa kita di ciptakan, apa matlamat hidup kite, dan mengapa kita perlu berada di dalam jemaah ini. Tetapi perjuangan ini x semudah (dan x sepatutnye merasa susah dan menjadi beban hidup) yang di sangka. Kita akan merasai kesusahan itu setelah kita sendiri memikulnye. Dan amanah dan tanggungjawab ini akan menjadi mudah sekiranye karat jahiliyah di hakis habis-habisan di dalam hati ini. Bersihkan hati, sucikan minda, ikhlaskan niat dalam menjalankan sunnah Rasulullah yang terbesar iaitu meneruskan penyebaran kalimah toyibah. Apabila rasa diri hampir futur dari jalan ini, segeralah kembali mencari arah sebenar. Allah akan memberikan kefahaman(kefaqihan dlm agama) sekiranya dia mengkehendaki kebaikan terhadap seseorang.  Inilah doa kite setiap hari iaitu ingin kan kebaikan di dunia dan akhirat.

Pandanglah setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan kaca mata seorang Muslim. Wallahua'lam.  

No comments:

Post a Comment