Tuesday, December 22, 2009

Syurga Akhirat vs syurga dunia

Subhanallah indahnya syurga, memang indah, apa yang indah itu seperti syurga, betul ke?  Tidak. Kerana apabila akal kita membayangkan gambaran keindahan syurga, ini bermakna bahawa itu adalah bukan syurga kerana syurga ini tidak tergambar keindahannya melalui akal manusia yang terbatas ini. Ayat-ayat Al-Quran  memberikan gambaran syurga tetapi akal kita tidak mampu untuk membayangkan perihal syurga yang sebenar.

Sungai-sungai berupa sungai madu, sungai khamar yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak pernah beerubah rasanya ...(HR. Bukhari)
Mahligai dan istana syurga di buat dari emas dan mutiara yang berongga
Bangunannya terbuat dari batu bata emas dan perak, adukannya sewangi kasturi yang sangat harum,
Pokok yang apabila seorang pengembara itu berjalan di bawah naungannya selama 100 tahun, nescaya ia belum keluar dari naungan. Pohon-pohonnya kekal dan buahnya dekat lagi rendah menjuntai, sehingga mudah di ambil.
banyak lagi gambaran-gambaran syurga yang boleh kita dapati dari ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith..baca sahaja mengenai syurga membuatkan kita tersenyum lebar apatah lagi sekiranya kita sendiri yang menikmatinya. Sekiranya kita tahu betapa indahnya syurga pasti kita sanggup menginfakkan(menyerahkan) seluruh jiwa raga kita kepada Allah s.w.t yang Maha Kaya, maka Allah akan membayarnya dengan syurga dan tidak ada lagi yang sebanding dengan kenikmatannya.
 Untuk itu wahai saudaraku, milikilah tekad dan prinsip yang kuat!!"Jangan tentukan harga dirimu kecuali dengan syurga" jiwa orang yang beriman itu mahal, tapi mengapa sebahagian dari kita menjualnya dengan harga yang murah,"demikian nasihat Hasan al-Basri. Harga yang murah ini adalah kenikmatan dunia yang sementara yang di pinjamkan kepada kita hambaNya. Sebagai seorang muslim, harga dirimu amatlah mahal. Maka janganlah sekali-kali kalian menjualnya dengan harta dunia, wanita ataupun jawatan, kerana kalian akan menyesal di akhirat kelak. Kalian akan mendapat azab yang pedih dari-Nya. Kalian akan kehilangan harga diri di hadapan Allah dan di mata seluruh umat Islam. Ingatlah bahawa Allah sedia membeli harta dan jiwamu dengan syurga jika engkau mahu menjualnya kepada Allah. Firman-nya;
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demekian itulah kemenangan yang agung.(QS. at-Taubah[9]:111)

Ketahuilah, Allah tidak akan memberikan syurga-Nya kepadamu dengan percuma. tidak dengan mengatakan kalian telah beriman lantas dengan mudah pintu syurga itu terbuka luas untukmu. Kita memerlukan kunci untuk membukanya. Dan kunci-kunci itu adalah diri dan hartamu yang rela serahkan sepenuhnya di jalan Allah s.w.t iaitu kalian lakukan setiap perkara di dunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah.  Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment